Tuesday, February 19, 2013

Baik

Satu

Semester lepas.

Aku ikut housemates turut serta dalam aktiviti sukarelawan untuk membantu mangsa pelarian Syria di kem Ramtha. Di sebabkan musim sejuk yg melampau tahun ini, tambahan salji dan sub zero temperature - ada dua orang bayi meninggal dunia. Dan tak terkira syahid nya pemuda - pemuda. Sukarela untuk jadi wakil kutip daripada akhawat batch kami. MashaAllah tak terbayang betapa murah nya hati manusia manusia di sini. Kalau di Malaysia lambat lagi rasanya nak beri jumlah sebanyak itu. Mungkin juga disebabkan currency sini yang besar jumlah nya. Ye lah kalau bg 50 dinar tak terasa sangat. Kalau bagi RM200? Terasa lah jugak sedikit sebanyak. Lagi lagi masih student kan. Tapi itu bukan jadi kayu ukur. Yang penting ikhlas. Bukan tempat untuk aku mengomen.

Selepas beberapa rumah kami ketuk, dalam kesejukan musim shitaa'. Ada lah dapat beberapa. Malam tu ke Irbid Mall untuk guna duit tu dan beli apa yg patut. Kami tak malu dan ambil semua sleeping bag yang ada. Beli segala buku - buku tulis dan bola - bola untuk permainan kanak2 di sana. Makanan kami tak beli sebab dah ada org lain yg uruskan. Ada lah dalam 4 troli penuh barang2 kami sahaja. Abang2 Irbid Mall tu pun dah pelik kenapa kami borong begitu banyak. Hanya senyum dan jawab :

"Hadol li suriyyin fi mukhayyam."

Nak ckp tgh buat charity tak reti. Tapi diorang angguk2 dan faham je. Abang2 tu pun tolong tolak troli kami. Wah terharu sangat.

Naik teksi. Drebar nya boleh tahan kacak. Gelak besar dia tgk bilangan troli yg kami berempat bawak. Amboi buat apa byk2 tanya dia. Jawapan yg sama kami beri. Oh, angguk2 mengiyakan saja. Berhenti di kawasan Hijazi, rumah syabab pusat mengumpul barang2 yg nak di dermakan ke sana.

"Encik, berapa? Cukup tak?" *hulur sedinar*

"Eh tak payah lah. Kamu nak tolong orang. Saya tolong kamu. Nanti Allah tolong saya." 

"Haaa betul ke ni?" *mata berkaca-kaca*

"Betul, betul. Pergi lah. Semoga Allah memudahkan kerja kamu."


Dua

Semester lepas jugak.

Dari bab janubi ke mujamma' sheikh khalil. Naik teksi.

Sebenarnya dah malam dan tak digalakkan perempuan naik sorang2. Tapi aku jenis redah dan muka konfiden je. Kalau syabab Malizi nampak mmg mati aku. So bantai je lah naik. Borak panjang dgn pakcik yang friendly. Macam biasa guna lah skill Arab Ammi yang tak seberapa. Tapi nasib baik dia cakap lahjah urduni yang senang di fahami. Dia tanya aku belajar apa. Tanya okay ke belajar kat sini. Okay ke duduk berjauhan dgn keluarga. Aku pun jawab okay je pakcik, Allah kan ada. Sambil senyum buat muka kiut.

Dalam hati hanya Allah yang tahu, cepat lah sampai rumah cepat lah sampai.

Dah sampai rumah.

"Muallim, gedesh?"

"Ya dukturah, ruh. Go it's okay. Ala hisabi ala hisabi." 

"Wallah?"

"Yes. Go."



Tiga

"Pakcik, paip rumah saya bocor"

"Ha ye ke? Takpe nanti saya datang tengok."

Harris (penjaga) rumah datang nak baiki paip dalam toilet yang bocor. Habis basah toilet. Dalam pada tengok2 toilet tu dia banyak kali cakap, kalau saya baiki ni awak kena bayar tau.

Yelah2 pakcik kitorang tahu. Nanti bayar lah. Memang bukan salah pakcik pun. Kitorang yang buat bocor.

Sekali..... "mushkillah kabirah, mushkillah kabirah" =.="

Pakcik tu makin rosakkan paip yang dah sedia bocor. Makanya dia kena panggil kawan plumber dia. Lalu datang lah beliau dan ambik masa sejam dua untuk baiki.

"Husna !" (dengan pekat ha pedas dia)

"Na'am. Khalas ya Abu Haitham?"

"Aiwah khalas. Kullu okay. Lakin mashi haal. Kullu ala hisabi ana. Ma fi mushkillah ok. Iza biddik aiyu ishi, bitgul bi telefon okay?" 

Oh. Dia bayar kan....


Empat

Nak beli gas untuk gas rumah yang kehabisan gas memasak. Menggelepar semua orang tak leh nak masak. Biasa lah anak dara. Telefon pakcik gas suruh bawakkan dua tong. Satu lagi untuk heater gas milik sohib rumah yang tak pernah guna. Saja nak mula try guna.

Naik lah ke tingkat empat pakcik ini bersama dua buah tong. Dia pasangkan tong gas di dapur dan cek kan kalau2 ada kebocoran. "Masbut" katanya.

Bawak satu lagi tong untuk tukar heater gas. Bila dia bukak heater tu rupa2nya gas dalam heater tu penuh lagi. Alamak mati lah aku, kesian nya pakcik ni dah buat naik dua tong.

"Eh ni ada lagi ni. Berat lagi lah."
"Alamak maaf pakcik. Kitorang tak reti nak guna heater ni. Ingat kan dah habis. Takpelah pakcik kitorang bayar je lah. Pakcik amik je tong lama ni."

"Laaa tak reti guna ke? Meh pakcik pasangkan."

Semua orang facepalm apabila heater tu berfungsi molek molek ada. Lols.

Pakcik tu cakap, "Takpe saya buat turun balik, 'adi 'adi. Saya tak ambik tong yang penuh. Saya tak berniaga macam tu. Allah fouq."

-----------------------------------


Masih ada rupanya orang (especially Arabs) yang baik. Antara small litttle things yang aku takkan pernah lupa pasal Jordan. 

2 comments:

pakurawan said...

kau patut lebihkan post2 yang macam ni. ;D

Hg said...

haha kenapa dgn posts aku before ni? :D