Umum mengetahui, wanita ini sifatnya rumit. Bak kata forum moderator semalam, kalau dalam bahasa Jawa, dipanggil complicated.
Di beri pula situasi kalau perempuan ni diperlakukan tidak sebagaimana yang dia suka, (contoh: dimarah, stress, dll) waterworks pun bermula. Menangis terus menangis. Moody. Emosi. Lalu mencebik muka.
Persoalannya, rumit kah itu?
Mari saya bagi satu lagi situasi.
Dimarah, dimaki, dicaci dan di-yang lain-lain lagi lah. Hati ini rasa sakit sekali. Amboi rasa macam nak panggang2 je muka orang tu. Rasa nak cili - cili je mulut dia. Nak je cakap kat dia "Woi kau ingat muka aku ni ada ala ala khadam?". Tapi rasa je lah lebih. Takkan nya buat. Kecualilah betul - betul legend. Haha. Maka apa yang dia buat? Ya, dia menangis. Itu sahaja yang mampu.
Jelas situasinya?
Pada saya there's nothing wrong in loving who you are she said cause he made you perfect babe. Eh takdelah. Tiada salahnya pun menangis. Dan pada saya definisi "complicated" di sini salah seratus persen. Crying doesn't equals to being complicated. In fact it makes things less complicated as they already are. At least by crying your heart out, people know that you are upset. That you are in that phase. Biarlah tiada effort untuk solve the problem whatsoever. Being able to express your emotions does not equals to being complicated at all.
Bayangkan pula hatinya sedih, remuk, hancur, berkeping - keping jadinya. Tapi muka stone. Bila orang tanya "ish lounik ya habibti", dia jawab "kulli ishi' tamam, al7amdulilah". Tapi padahal dalam hati pedih sekali. Jiwa dia terguris, terluka dek orang yang tak pandai jaga hati dan perasaannya. Tapi tak pandai atau tak mahu menzahirkannya di raut wajah. Senyuman manis satu per satu di lemparkan. Tapi tahukah anda di sebalik senyuman manis itu ada kepahitan. Kepahitan yang lebih dahsyat dari kepahitan orang yang menangis. Yang reti menzahirkan perasaannya.
Maka, tidakkah itu lebih complicated?
Janganlah kata wanita yang menangis itu rumit. Kerana itu lebih mudah daripada sifat cover macho. Takkan pernah tahu apa yang terbuku dihati mereka. Muka nampak legend, dalam hati bercelaru.
Ya, itu lebih susah, percayalah. Saya tahu kerana saya begitu. Saya mungkin tidak pandai menzahirkan emosi sehebat muslimat yang sejati di luar sana. Mungkin air mata tak bisa gugur dengan hanya menonton cerita Hindustan. Mungkin tidak pandai tonjolkan sifat kasih sayang. Tapi percayalah, spesis macam ni, muka je nampak legend. Dalam hati bukan setakat taman, sungai dan tasik, taman bunga bagai pun ada. Yelah nama pun perempuan, sekeras mana pun dia, hati dia sentiasa lembut dan mudah tersentuh.
Tapi saya teringat ada seorang ustaz sewaktu saya belajar di INTEC dulu, katanya wanita ini kekuatan wanita terletak pada keupayaan dia men'control' emosi. Biarlah air mata mu itu mahal. Bila gugur setitik, alangkah boleh ia menyentuh perasaan.
Kesimpulannya, wanita ini memang kuat bila emosi nya pandai di balance kan. Bak kata Kak Nafeesa, kuatnya kaum Hawa ni, tak semestinya boleh angkat almari, boleh angkat berat, tapi kekuatan kita terletak pada sepandai mana kita meletakkan emosi di tempat yang sepatutnya. Pakai skirt, suka kaler pink, suka masak, pun boleh jadi kuat.
Dan dia pun ada share satu hadith ni yang amatlah best untuk dikongsi. Mafhumnya lebih kurang begini,(kalau salah betulkan ye), jadi pada suatu hari Saidina Umar Al-Khattab tengah berbincang dan bercakap mengenai isu mahar. Tiba-tiba seorang wanita bangun dan lantang membantah apa yang Umar cakap tadi. Lantas, Umar menyuruh wanita itu diam. Perempuan itu menyatakan dia ada sebab-sebab dan dalil kenapa dia berkata demikian. Maka Umar pun membenarkan dia berhujah. Setelah didengarinya Umar sedar apa yang dikatakan perempuan tadi itu ada sahihnya. Lalu Umar pun mengaku kesalahannya dan membenarkan kata-kata wanita itu.
Hebat bukan? The confidence in that woman enabled her to set the message across. And she was sure she was right because she had proves. Bayangkan kalau wanita itu tak pandai kawal emosi, masa Umar suruh dia diam tu jugak dia menangis, memang tak dapat lah nak sampaikan apa yang dia cuba katakan.
Apa-apa pun, yang penting kita ni pandai control emotions. Ada masa kita boleh let go, ada masa kita restrain ourselves from revealing too much emotions.
Ingat, kaum Hawa ni kuat kalau dia boleh control diri dia. Aspek nafsu, amarah, dll juga included :)
Moga-moga kita semua dibekalkan dengan kekuatan dalam diri masing-masing. Akhawat kan hebat, masyaAllah :)
Wallahu a3lam.