Friday, June 29, 2012

Bukan Maksudku

With the name of Allah Most Gracious Most Merciful

Kadang - kadang aku tak faham apa yang diri sendiri nak. Yang mudah, selamat, baik ada di depan mata. Tapi kenapa yang sukar, tak pasti, begitu tinggi itu yang kau mahu? Kerana manusia selalu berangan tinggi. Terkadang terlalu tinggi. Kerana kau lah paling untung,tahu? Kau. Moga ketidakpastian ku ini mengajar aku untuk bertawakkal kepada Allah. Redha dengan apa yang ditentukanNya nanti. Apa apa pun terjadi, tak apa. Aku sedar aku siapa. Mungkin aku memang sebegini insecure sejak azali. Maafkan aku, bukan maksudku.

Kadang-kadang aku lihat rakan-rakan yang sudah melangkah ke hadapan, pergi jauh dari aku, rasa cemburu itu menebal dalam hati. Masa sampai dulu sama-sama. Sama-sama zero. Sama-sama taktahu apa-apa. Tapi sekarang? MasyaAllah.. Entah apa yang aku fikirkan. Sikit-sikit takut pandangan orang. Yang sepatutnya tak perlu diendahkan. Pandangan Pencipta kau yang kat atas tu yang perlu kau kisah. Mahu berubah itu bukan perkara sukar sebenarnya. Ubah? Ubah sahaja lah. Harini kau begini. Esok kau begitu. Berubah lah tu. Tapi siapa yang pasti hari esok esok nya kau masih begitu dan tak lagi begini? Maksudku, istiqamah lah.

Aku sudah cuba bermujahadah. Mungkin aku perlu cuba lagi kuat. Mungkin aku tak cukup pergantungan pada Dia. Mungkin aku...

Ah aku bukan tulis ni untuk kau orang tahu aku ni nak jadi baik. Hanya apa yang aku rasa nak tulis, aku tulis.

Aku harap aku selalu ada kekuatan untuk terus pecut di jalan ini. Sibgah Allah itu secara total, bukan nus nus. Bukan rubu3 rubu3. Malah bukan lah seperti celupkan tangan di dalam cat yang hanya celup luaran tahu. Hak dan batil tidak boleh duduk sebumbung. Islam dan jahiliyah tidak boleh dicampur. Tahu?

Dari dulu aku asyik persoalkan soal thabat atau istiqamah ni. Sampai bila aku asyik nak persoal. Mana tindakannya.

Haih kadang-kadang aku rasa malu. Duduk di bumi Anbiya' tapi tak ambil sebanyak mana peluang yang boleh untuk mendalami Deen sendiri. Allahurabbi..

Cakap pasal pergantungan padaNya, aku sentiasa tertanya-tanya kenapa aku sampai sekarang tidak putus-putus dikurniakan nikmat. Bukan apa, aku memang bersyukur sangat sangat. Cuma ya lah.. persoalan. Lagi.

Kadang-kadang aku tahu usaha aku tidak seberapa. Aku tahu aku tak rajin macam orang lain. Aku tahu aku ni orangnya pemalas. Tapi Allah bagi jugak nikmat tu kat aku. Kadang-kadang aku jadi rasa bangga.

"Ha tengok aku tak usaha mana pun, dapat jugak"

Tapi bila aku renungkan balik. Sebenarnya nikmat tu sendiri ujian pada aku. Allah nak suruh aku tengok kalau diberinya nikmat banyak-banyak, adakah aku hilang sudah pergantungan padaNya? Ah jangan tipu lah. Korang pun pernah begitu bukan. Bila ditarik nikmat itu mulalah teresak-esak nangis atas tikar sejadah. Mulalah berazam sana, berazam sini. Bantulah aku ya Allah, bantulah aku. Bila dah dikurniakan nikmat tu terus lupa langsung apa pintaan kau. Terus dah tak duduk atas tikar sejadah. Bangganya dgn pencapaian diri. Walhal bukan dari kau sekelumit pun. Kalau Allah taknak kasi, sebesar zarah pun kau tak dapat.

Hei lah diri sendiri. Kau nak jadi sampai macam tu dulu ke baru nak mintak tolong Allah? Hei lah tak malu sungguh.

Allah..

2 comments:

Budak Rebel said...

tang second sentence bole explain ? heh

diri ni juga menjadi hamba expectation. entah

Hg said...

Sang penulis hanya mempunyai harapan yang begitu tinggi dalam hidupnya. Begitu tinggi dia mengharap pada yang tidak pasti. Pada yang lebih hebat.

Tidak bermaksud menyakiti hati mana mana pihak. Hanya isi hati si penulis yang gundah gelana memikirkan kekerdilan sendiri.

Harap penjelasannya mencukupi.