Teringat saya pada seorang pak cik yang saya jumpa tidak lama lalu di dalam penerbangan.
"Adik balik kampung sorang2 ke? Buat apa?"
"Ha'ah pak cik. Balik sebab ada temu duga."
Maka terus kami berbual tentang apa bagusnya itu, tentang buruknya ini, anak saudaranya begini, anaknya begitu. Amboi boleh tahan juga pak cik ni. Aku yang terlalu mengantuk tadi segar di palu soalan demi soalan oleh pak cik tadi. Agak menjengkelkan juga kerana aku memang berniat untuk tidur di atas penerbangan.
"Baguslah. Pak cik doakan kamu selamat semuanya. Doakan kamu berjaya ya?"
Itulah yang terakhir kesimpulan yang dapat dituntaskan daripada perbualan kami tadi. Simple saja. Pak cik itu mendoakan saya. Dia cakap saja. Tapi saya gembira. Syukur dengan nikmat Islam dan Iman.
Tup tup tup
Lip lap lip lap
Pejam celik pejam celik
Mungkin tanah yang bakal ku pijak dan langit yang bakal dijunjung kelak tidak semegah atau se"cool" United Kingdom. Mungkin tidak se-gah bumi Down Under Australia. Bahkan mungkin juga tidak menge-"wow"-kan masyarakat kita secara umumnya nak dibandingkan dengan United States of America. Namun. Memang inilah jalan yang saya pilih. Pilihan yang saya usahakan bermati-matian. Menyesalkah? Tidak sama sekali. Malukah? Sekelumit pun tiada. Berbangga? Sudah semestinya.
Terima kasih saya ucapkan kepada senior2 yg sabar menjawab soalan2 saya tempoh hari
Bukan. Bukan mendiskriminasi. Jauh sekali. Tapi saya bersyukur kerana diberi peluang untuk memijak bumi Anbiya'. Banyak harapan dan objektif yang saya tetapkan. Mampukah saya? Kita tengok saja.. enshaAllah. Tak berani nak kata. Yelah diri pun jahil hina. Jauh sekali dibandingkan dengan orang bijaksana. Apa lagi ahli agama. Duduk tak sama rendah. Berdiri tak sama tinggi. Tapi tak apa. Perjuangan saya bukan kerana untuk bandingkan. Tapi untuk ditimbang mengguna neracaNya. Diberkati rahmahNya. Yang penting jiwa saya. Pedulikanlah apa orang nak kata.
Hulurkanlah doa kalian mengiringi perjuangan saya. Tak perlu hantar di KLIA pun takpe. Doakan saje.
Mungkin akan idle dari alam maya buat masa yang lama. Wallahualam.
Diri ini amat teruja ingin menemu muka bumi Jordan terkemuka.
تصبح على خير
P/S: Di entri bawah ini ada saya nyatakan saya akan pergi ke sebuah negara di benua yang lain. Tapi saya rase Jordan di benua Asia juga. Hmmm.. Geografi fail. Maaf.
4 comments:
Selamat maju jaya okay! :)
Selamat berjihad menuntut ilmu...doa kami mengiringimu :)
selamat berjaya di negara orang... :)
thank you all :):)
Post a Comment