Friday, July 20, 2012

Diari Ramadhan #1

In the Name of Allah Most Gracious Most Merciful



My tiny humble Ramadhan resolutions :)





1st Ramadhan 1433H
Pertama kali berpuasa di perantauan. Sebenarnya masih terkejut. Sebab tak sangka semalam dah mula Ramadhan. Semua orang ingat hari Sabtu sama macam Malaysia. Tapi Alhamdulilah dah selesai satu hari. Harini masuk second day.

Hari first semangat semua orang sahur, Hannah masak sedap sedap. Semua orang tidur ramai ramai dekat bilik Jasmine sebab takut tak terbangun. Serious rasa macam dekat kampung2. Haha. Di sebabkan subuh masuk pukul 4.04 pagi, around 3.15 si Hannah pun kejut. Semua mamai mamai habis. Hoi dah anak dara pun mamai lagi bangun sahur haha. Tapi best je makan ramai2. Makan ayam kicap dengan sayur goreng.

Selesai solat Subuh berjemaah, Ma'thurat dan sedikit mengaji nafsi nafsi, semua orang tumbang balik. Tidur syok betei.

Hari first puasa personally sangat mencabar pada aku. Yelah sebab dah lah tak ready rupa rupanya dah start puasa. (Padah tak buat preparation awal awal) So I didn't do anything pun yesterday. Semua orang ada kerja, whereas I was home kononnya "study".









Watched this lecture from Quran Weekly. Actually lecture ni untuk preparation for Ramadhan. So dah terlambat sikit nak tengok. Tapi okey je. Boleh jugak ambil ibrah mana yang boleh ambil. Sebenarnya mula mula takut nak tekan play sebab video ni 18 minit. Ye lah aku pakai broadband prepaid ni je ha. Nanti banyak pulak dia makan. Tapi takpelah tekan jugak. Malas berkira. Kalau dengar2 lagu boleh je play takkan lecture satu ni pun nak berkira ye dak.

Antara intipati lecture ni :

1. Manusia ni cepat bosan. Sebab tu kena jadikan baca Quran ni satu habit. Kalau dah habit kita tiap tiap hari buat in ShaAllah bosan tu dah tak jadi persoalan.

2. Hafal Quran tu selagi mana boleh hafal

3. Get into good habits yang kita boleh lazimi before and after Ramadhan, tak semestinya during Ramadhan sahaja.

4. Mula dengan something yang managable and sustainable. Jangan terus2 laju lepas tu kiok.

5. Haa point ni aku paling suka.. Don't just pray macam "hit and run", notice the difference if we perform ibadah peacefully, not just during the time we're performing but also for the rest of the day.

6. Point ni pun best. "Ramadhan is maybe a month where you get closer to Allah. But not only that, it's a chance where you help others get closer too." :')

7. The joy of Islam - we can taste the fruits and sweetness right away. It's not something that you have to wait for :')


Indahnya agama ini. Di samping kita fokus kan pengabdian kita, jangan lupa jugak ajak yang lain lain ye. In ShaAllah lagi bertambah power! Jom jom kita berjemaah at least Subuh Maghrib Isyak pun jadi lah. Ajak yang lain bertadarus, . Bayangkan pahala yang berlipat ganda! Wahhh seronoknya!

Ok lepastu haha. (anti-klimaks sikit)

Petang petang sikit baru start memasak. Kebetulan pulak kena turn aku. Alamatnya berbuka lauk lauk simple je lah korang. So semalam berbuka makan sup ayam je. Sebenarnya before that dah Whatsapp dengan Mama. Cakap dengan Mama taktahu nak masak apa. Mama bagi resipi tumis cair ayam. Tapi tak berani nak buat sebab a) Tak kondifen b) Rasanya budak budak ni tak makan lauk Kelantan.




2nd Ramadhan 1433H

Harini lah. Tengah puasa ni. Haha.

Pagi tadi makan lauk ikan sardin dengan nasi. Yumyum. Walaupun simple tapi sedap makan panas panas. Alamak lapar pulak lols.

Petang ni diorang ajak pergi bazaar. Antara inisiatif Biro Econs PERMAI untuk berbisnes. Kita tengoklah ada apa petang ni. Sementara boleh jalan jalan tengok keadaan orang Arab sambut Ramadhan. Hihi.

And katanya Hani and Nana nak datang berbuka dengan kitorang. Yeay harini meriah.

Ok finals Intro to Dentistry hari Rabu ni. Lecture note baru baca dua perenggan. Di samping kita berpesta ibadah jangan pulak kita lupa tanggungjawab kita ye dak.

Anyway.

Harap harapnya Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan yang sebelum sebelumnya. Moga moga diberi kekuatan. Moga moga panjang umur. In ShaAllah.









Semoga berjumpa lagi di lain episode.

P/S : Tiba tiba rasa nak menulis diari sepanjang Ramadhan ni. Supaya Mama boleh baca what am I up to hihi.
P/P/S: Rindu pulak tulis gaya kasual budak budak macam ni

5 comments:

pakurawan said...

ramadhan kareem.

naisse said...

mana diari #2 nyaaaa! hewhew

Hg said...

hazen; allahu akram

nais; ada dalam lecture notes itd dan biochem haha

exams are killing =.='

Inspector Saahab said...

ma sha Allah

Hg said...

haish segan ana