Wednesday, July 25, 2012

Tahu tak

Tahu tak macam mana rasanya?

Rasa macam nak pakai headphone. Letak volume fullblast. Bukak lagu Eminem. Pejam mata. Lari laju laju dalam gelap malam. Biar gusar kerut muka ku takde orang nampak. Taknak dengar orang kata apa. Taknak peduli apa apa. Biar aku lari lagi dan lagi. Sampai nafas aku tercungapkan udara. Sampai dada aku putus asa. Sampai aku rebah tepi jalan, jangan orang ambil tahu.

Tahu tak rasa dia macam mana?

Rasa macam nak berdiri tengah padang waktu hujan lebat. Pejam mata. Biar tangisnya aku tiada siapa yang nampak. Biar air mata turun bercurah curah tiada orang kesah, tiada orang tanya. Biar merengkol di tengah tengah padang. Biar dalam telinga aku hanya dengar bunyi kilat petir dan tangisan sendiri.

Tahu tak?

Rasa macam nak berdiri atas tebing. Dengar hempasan ombak atas batu batu keras. Dengar angin laju ganas tiup ke pulau. Biar aku teriak sekuat kuatnya tapi tak terdengarkan suara ku. Biar dengar suara bayu garang saja. Biar aku jatuh atas lutut aku atas batu itu. Biar aku seorang. Biar.

Aku penat berfikiran positif. Penat mencuba. Penat tahu penat?

Mahu keluar dari tempat ini cepat cepat.

8 days. And counting..

Ah jangan dikisahkan aku. Diam saja. Diam. Memang itu pun yang aku mahu dari dulu.

4 comments:

emirhasnan said...

Tak tahu.

selamat~

farhana hasarudin said...

aku tahu. tp mungkin apa yang aku tahu dengan apa yang mu tahu itu lain. mungkin apa yang aku rasa dengan apa yang mu rasa itu beza. mungkin apa yang mu tanggung tu jauh lebih berat dari apa yang aku mampu bayangkan. tapi satu yang sama, dari dulu, sekarang, dan inshaAllah, sampai bila2. aku selalu ada kalau mahu diluah apa yang tersirat in case tak mampu dikendong lagi :) be strong husna. as you have always be ;)

Inspector Saahab said...

::
apekah ? o.0

Hg said...

cidak; ok

ana ; sometimes simply knowing there's someone who'll be there for you is enough :) miss you ana. thanks for being there for me.

inspektor ; monolog luaran barangkali. haha.