Pesan Mama suatu hari, supaya kita jangan sahaja berdoa utk dimurahkan rezeki tapi juga minta supaya rezeki yg dikurniakan cukup buat kita hidup, di samping meminta berkat di dalam rezeki.
Terima kasih buat kawan kawan yang tak pernah mintak lebih dari diri aku, yg sentiasa buat diri ini rasa
.
.
.
.
.
.
cukup
Seorang A punya gaji bulanan rm8,000 tapi cukup untuk menyara diri, isteri dan anak- anak dalam kadar yg sederhana. Ada lah sedikit lebihan buat simpanan dan keperluan kecemasan. Hidup A cukup, tidak perlu fikir bayaran hutang kecuali pinjaman pelajaran nya serta pinjaman rumah.
Seorang B pula punya gaji bulanan rm15,000. Diberi bonus tahunan sekali setahun. Tetapi sentiasa dlm kesempitan wang. Anak-anak dan isteri diberi pakai barangan mewah. iPhone 5 sorang satu, iPad seorang dua, barang kemas setiap jari. Melebihi keperluan mereka. Akhir bulan, dihimpit beban hutang. Bayar hutang kad kredit, bayar pinjaman kereta mewah nya, bayar bil telefon tertunggak, bayar itu ini.
Dalam konteks yang di beri, mudah je equation nya. A punya gaji lebih sedikit dari B, B nampaknya lebih "murah rezeki" berbanding A di mata masyarakat. Tapi kenapa B hidupnya sentiasa gelisah? Walhal B kan "murah rezeki"? Sebab hidup B tidak pernah cukup. Cukup dengan apa yg dia ada. Ya, mungkin dia dikurniakan banyak harta tapi tidak semestinya semua tu cukup.
------
Dibesarkan dalam keluarga yg sedang-sedang, dari kecil aku selalu dilatih untuk tidak terlalu taksub dengan kebendaan. Tapi ikut kan budak kecil yang normal, mestilah ada je benda yang kau nak. Kalau nak PlayStation, Mama cakap kena dapat 5A dulu. Nak gitar, dapat 9A PMR dulu. Tapi dari dulu mmg Mama je yg melayan karenah anak-anaknya mahukan itu ini. Abah mungkin terlalu sibuk dan dia sendiri pun mmg tak minat benda-benda macam ni.
Dulu aku ingat yg aku nak sangat handphone flip. Kawan aku ada handphone flip samsung yg pada masa tu canggih lah sangat. Aku nampak sgt miskin sbb masih pakai handphone nokia butterfly pada tahun 2008. Tapi aku tahu je kalau aku mintak memang takkan dapat lah. Jadi masa tu aku fikir kenapalah dia ni dapat phone lagi best dari aku, walhal aku dgn dia ni takde beza pon. Latar belakang keluarga kami lebih kurang je. Tapi sekarang bila ingat balik, bodoh nya lah aku utk fikir mcm tu.
Apa yg define kaya sebenarnya? Pada aku lah, kaya tu bermaksud kau bebas dari hutang. Harta yg kau ada tak define kan kekayaan kau pun. Sekarang bila dah besar, aku dah tak semakin heran dengan gajet2 yg ada. Aku dah semakin tak teruja pun dengan baju2 branded yg kau ada. Dan aku semakin tak faham dengan dunia sekarang yg terlalu mengejar material. Hm. Entahlah mungkin senang utk aku bercakap sebab aku takde pengalaman yg cukup lagi. Entah la. Yang penting sekarang aku rasa.......... cukup dgn apa yg aku ada.
Apa yg define kaya sebenarnya? Pada aku lah, kaya tu bermaksud kau bebas dari hutang. Harta yg kau ada tak define kan kekayaan kau pun. Sekarang bila dah besar, aku dah tak semakin heran dengan gajet2 yg ada. Aku dah semakin tak teruja pun dengan baju2 branded yg kau ada. Dan aku semakin tak faham dengan dunia sekarang yg terlalu mengejar material. Hm. Entahlah mungkin senang utk aku bercakap sebab aku takde pengalaman yg cukup lagi. Entah la. Yang penting sekarang aku rasa.......... cukup dgn apa yg aku ada.
-------
Semalam sambut birthday Paan di rumah kami. Paan yg malam sebelumnya ada mabit di rumah org lain, tidak tahu menahu pasal plan kami utk seperais kan beliau. Jadi malam nya tu kami sama sama hias ruang tamu, set up a party lah lebih kurang. The plan is to wake up early the next day and celebrate it as soon as Paan comes back from mabit. Masa tengah2 bake cake tengah2 malam tu, tiba2 ada org tanya esok pagi nak makan apa? Takkan makan kek je kot. Tiba tiba semua orang gelabah. Ha'ah la kita tak beli apa apa makanan pun. Takkan nak turun gi beli sekarang dah pukul 1 pagi. Esok pulak kedai kat sini memang tutup sebab hari Jumaat. Fikir punya fikir.. last last sekali Nais decided to make cucur kentang dan cucur bawang. Jasmine pulak buat muhsroom soup.
Tup tup tepung tinggal sikit gila pasal Hannah dan Laila buat chocolate cake. Errr........ nak makan apa ni sebenarnya. Eventually pagi tu we used what we have left although very little and berjaya buat seperiuk mushroom soup dan sepinggan cucur. Buat seperais dan makan punya makan... tak sedar pun semua orang kenyang je. Takde pon tak cukup makanan walaupun breakfast pagi tu kami masak utk 8 orang. Sikit tapi.......... cukup :)
Alhamdulilah :)

1 comment:
semoga kita merasa cukup akan hal keduniaan, dan merasa tak cukup akan hal amalan.
Post a Comment