Tuesday, May 15, 2012

Hadiah Buat Mama

Di tengah hiruk pikuk pekan kecil berdebu, ditelan dek hal hal duniawi yang bercelaru, sungguh keterlambatan ini tidak dapat dielak. Maka aku berfikir sejenak. Kalau lah kesibukan sekecil ini pun tidak mampu aku luangkan sedikit masa untuk yang tersayang, jadi apa akan berlaku bila aku sudah mula bekerja nanti? Sudah mula berkeluarga dan punyai tanggungjawab yang lebih utama. Bukan sahaja ke atas diri sendiri malah terhadap masyarakat dan negara? Lantas diri sendiri pun beristighfar dan berasa malu.

Semalam, ulangtahun Mama yang ke-51 mengikut tahun Masihi.

Seusai perbualan di telefon yang ringkas pagi semalam, Mama request satu tribute untuknya. Katanya haritu Husna tulis untuk Abah kan? Haha ketawa kecil. Mama ni comel lah :)

Maka ku curahkan di sini.

Di ruangan yang tidak seberapa ini.

------


Waktu dahulu, waktu aku masih kecil. Aku ingat semua orang ada ibu macam Mama. Semua orang punya seorang guru sebagai Mama mereka. Semua Mama baca buku untuk anak-anak mereka sebelum tidur. Semua Mama dalam dunia ni pandai masak macam Mama saya. Dan paling utama saya ingat dulu semua orang ada Mama.

Tapi tak semua orang ada Mama.

Makin saya besar, makin saya kenal dunia. Oh rupanya tak semua orang ada Mama. Maka saya rasa saya mula belajar untuk bersyukur saya ada Mama saya. Sebab kalau Mama saya takde, saya taktahu saya jadi apa sekarang. Saya taktahu saya jadi orang ke tak. Mungkin tak. Saya taktahu saya akan pernah dengar tak cerita Serigala dan Anak Kambing. Saya taktahu saya akan pernah makan tak ikan singgang cicah budu. Mungkin tak. Saya taktahu kalau kalau saya tidak akan berada di sini pun sekarang.

Bersyukur, walaupun Mama saya pun ada kekurangannya. Tapi siapa yang tak ada? Semua orang ada.

Saat ini, adalah saat paling lama saya tak jumpa Mama saya. Kira-kira dalam 8 bulan. Meskipun rindu yang teramat, tapi saya bersyukur sebab saya masih boleh dengar suara Mama saya. Boleh nampak Mama dalam screen laptop saya. Ada kawan saya dah tak boleh jumpa Mama dia. Kenapa? Sebab Mama dia tengah tunggu nak masuk syurga :)

Maka saya belajar untuk bersyukur lagi.

Dulu dulu saya selalu rasa dunia ni tak adil. Kenapa lah tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Kena suruh buat itu, kena suruh buat ini. Tapi. Makin saya besar, makin saya fikir. Macam mana saya nak hidup kalau takde orang yang suruh. Macam mana saya nak buat kalau tak de orang tunjukkan jalan. Jadinya. Saya malu dengan pe'el saya dahulu, buat Mama sakit hati. Saya mohon diampunkan dosa-dosa saya. Saya janji dah tak mahu take Mama for granted.

Sebab saya ada seorang saja Mama.

Sebab Mama saja yang saya ada.

Moga-moga Allah redha dengan kehidupan Mama dan Abah. Moga-moga hidup Mama dan Abah diberkati di dunia mahupun di akhirat kelak. Jangan risau Ma, kakak kan ada di sana. Mesti dia tak sabar nak jumpa Mama. Moga segala ilmu yang Mama curahkan selama 30 tahun menjadi seorang pendidik menjadi saham amalan Mama yang tak pernah putus. Moga amal ibadah Mama dan Abah, Allah terima. Moga segala urusan Mama, Allah permudahkan di dunia dan di akhirat.

Moga moga Mama dapat tengok saya ada pangkat "doktor" di depan nama saya lagi 5 tahun. Moga Mama dapat cerita dekat semua orang yang dia bangga dengan anaknya. Terima kasih Mama untuk segalanya. Sekadar ini yang mampu saya hadiahkan. Sungguh, banyak lagi yang tak termampu saya ucapkan.

Buat Mama,



"There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted


I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you


Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
"
-Maher Zain, Number One For Me

Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Jadi
dan
Selamat Hari Guru





Mama dan Abah di Swansea,1983




Mama dan cucu pertama




Mama dan cucu kedua




Mama dan saya, Eid ul Fitr 2009




Ulangtahun saya ke-17 di asrama




Mama dan saya di depan Kaabah, Umrah 2009






Saya mahu jumpa Mama di syurga nanti. Saya sayang Mama. Saya rindu Mama.

Yours truly,
anakmu di bumi asing.

8 comments:

emirhasnan said...

Sanah helwah mama huchek..
Moga dikurnia yg terbaik d dunia dan akhirat..

P/s : mak kita sama umur la..

-ahmeng-

naisse said...

:) Sweetnya!
Happy birthday and Happy ticer day mama huchek. :D Hihi.

Inspector Saahab said...

kenapa tribute anda sangat menyentuh?
bole ajar?

selamat ulang tahun juga buat mamanya husna, oh dan selamat hari guru juga dan hari ibu.

Hg said...

cidak ; in shaAllah, terima kasih cidak! mama saya pasti baca komen ini :)

nais ; huchek memang sweet lah nais hihi. terima kasih. nanti saya suruh mama saya baca komen awak.

inspector ; haha segan ana. mahu belajar? perlu berguru dengan si hati. reaching out to people begins from the heart. ye dok? :)

Inspector Saahab said...

YE :)
smoga jadi anak yang solehah, jd hujah buat si bonda :)

mama huchek said...

sangat bangga jadi mama huchek ....why la nama jadi gitu,hehe

mama husna said...

SAya bangga jadi mama huchek....thanks kawan2 husna..

Hg said...

Hehe nama manja. Dapatnya di sini :p