Tuesday, March 20, 2012

Aku

Kau perlu tahu aku manusia paling kuat cemburu. Tapi kau bukan siapa siapa pun bagi aku. Jadah apa aku berhak rasa macam tu?

---


Blog ini medium aku luah perasaan lah kot. Dari 2008 aku tak pernah delete apa apa dari blog aku. Aku tulis je apa aku nak tulis. Followers harem lah aku nak mengharap langsung. Ada 40 je pun aku rasa dah banyak.

Orang tulis blog ada banyak hadaf nya. Ada yang nak berkarya, ada nak kejar populariti, ada yang jadikan diari. Yang tunjuk top beli kat Pavi, skirt beli kat Debenhams, shoes vintage collection (padahal curi mak kau punya time muda muda dulu ingat aku taktahu) and uprising sekarang - ada yang jadikan platform untuk berdakwah.

Best kan ada wasilah untuk kita lunaskan hadaf masing - masing.

Tapi sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa aku menulis? Dah lah merepek tak ada hala tuju. Sekadar nak luah perasaan semata mata? Baik aku tulis diari yang siap ada mangga tu dari menaip kat sini. Takdelah aku masih tertanya tanya lah apa sebab aku tulis. Walhal penulisan aku tak bermanfaat langsung.

Mungkin lepas ni aku patut tulis penulisan yang berfaedah. Mungkinlah.

Bagi kembang sikit otak, bercambah sikit idea. Ni tak merepek je kerja.

Dan aku harap lah nanti bila aku mati ada orang boleh deletekan blog ni, Facebook aku, Twitter aku dan Flickr aku. Cuma belum ada orang yang tahu password aku. Nantilah aku cari.

Ada siapa siapa volunteer? *senyum nampak gigi*

2 comments:

tepianmuara said...

for sure, selalu tertanya camni.

apa bezanya penulisan dengan perbuatan kita seharian? makan minum, jalan-jalan, study, usik-usik kawan, berus gigi, tidur?

ya, ada yang komited menulis untuk dakwah.
ya, ada yang menulis hanya untuk melampias perasaan.
ya, mungkin juga siapa-siapa berniat kurang baik menulis, cari populariti dsb.

tapi, setakat ini, saya kira, menulis tu sama sahaja dengan perbuatan seharian.

kalau penulisan kita disertakan dengan hasrat baik, sepertimana kita mandi, berus gigi, study, usik-usik kawan, maka baiklah hasilnya.

entah. elemen yang saya paling suka dalam penulisan ialah kejujuran.

lalala.

tbe2 lak komen panjang. sori.

Hg said...

penulisan yang datang dari hati bukan kerana dipaksa dipaksa. terkejar dateline dan sebagainya. itu tujuan blog ini. pada saya lah.

kerana untuk berkata dgn jujur itu tidak payah tapi untuk berbicara dgn telus itu yang susah.

makanya.

saya tuliskan saja.

takpe, tak perlu sori. terima kasih sudi jenguk :)