Saturday, March 31, 2012

Cherish

Serendah - rendah ukhuwah itu berlapang dada,
Setinggi - tinggi ukhuwah itu berkorban diri.

Aku pilih apa yang aku rasa betul. Setelah timbang tara dua perkara. Rasionaliti mahupun kehendak diri. Benar, sukar untuk memberi kata putus. Tapi mahu tak mahu perlu ada keputusan.

Bak kata pakcik Robert Frost, umpama jalan yang bercabang dua. Yang sentiasa di jalani orang kebiasaan mahupun yang sukar sedikit, yang punya onak duri dan cabaran. Encik Frost memilih jalan yang "less traveled by".

Aku pun mahukan itu. Mahu unique.

-----


Tadi semasa di luar Solah Betra ada budak lelaki jalanan yang kurang ajar mengganggu akhawat, lantas beliau menarik budak tersebut lalu di beri warning complete, dalam Ammi Jordan. Lari terus budak itu. MasyaAllah. Kagum dengan bahasa dan lahjah beliau.

Husna, kau jangan lupa. Perkara pokok kau mahu belajar di sini selain dari ilmu Gigi kau ialah bahasa Arab. Sudah hilang ke semangat itu? Janganlah. Bahasa Arab bahasa syurga. Bahasa Arab bahasa Quran. Mohon terus ada semangat dan keinginan untuk bertutur dengan fasih.

No comments: