Monday, March 19, 2012

Gangguan

Adakala aku pejam mata untuk hilangkan. Hilangkan apa yang aku tak mahu dilihat.
Adakala aku pejam mata untuk adakan. Ada-adakan apa yang aku tiada.
Adakala aku pejam mata untuk didengari. Kata-kata yang tak mampu aku lafazkan.
Adakala aku pejam mata untuk bayangkan. Bayangan hidup aku kalau itu kalau ini.
Adakala aku pejam mata untuk melangkah. Setapak ke hadapan sebelum serang datang.

Adakala bilamana aku pejam mata, aku tak mahu buka sampai bila - bila.

Bila pandangan dikaburi
oleh jasad jasad duniawi;
Mulalah hati rasa mati,
Mulalah bangga diri.
Aku bukan bidadari
yang sempurna serba serbi;
Bukanlah tuan puteri
yang asyik dipuja puji.

Aku adalah aku
insan kerdil
manusia hina
makhluk penuh dosa

Apa salah aku dambakan;
dunia tiada gangguan?

Maaf repekan tidak masuk akal

No comments: