Datang je musim exam mesti ramai yang berpusu - pusu menelaah pelajaran seperti nak rak. Rak buku pun takde nak rak sangat. Ye lah aku pun macam tu. Study last minute lah katakan. Siapa je yang tak buat macam tu? Ada? Meh aku nak jumpa mak dia sekejap.
Ok takde kaitan.
Tapi bila orang tanya mesti jawab, "Aku tak belajar untuk exam".
Benda ni aku terbaca ada orang tweet haritu tapi aku tak ingat lah siapa. So tak boleh nak bagi credits. Sorry lah.
Tapi kan yang aku nak ulas lah, kalau lah kita ni tak belajar untuk exam, tapi kenapa time exam je kita nak belajar? Tak gitu?
Belajar itu ibadah. Ibadah ada nak buat time time dekat exam je? Takde kan? Pastu yang waktu lain tinggal? Mana ada. Khurafat tu.
Ni peringatan untuk diri sendiri juga ya. Aku pun begini. Exam ada dua paper lagi tapi paper ikhtiari. Ikhtiari punnn ilmu jugak kann? 17hb ada Individual and Society iaitu subjek Sociology seterusnya 18hb ada Natural Resources. Tapi diri sendiri pun masih tak sedar lagi.
Dan sewaktu aku pulun pulun nak habiskan buat latihan Physics untuk exam semalam, aku tiba - tiba rasa best pulak belajar. Selama ni otak aku mesti serabut kalau buat Physics, ye lah aku ni takde lah nak pandai sangat bab bab nombor ni. But yesterday was completely different.
And then I realised, aku rasa best sebab time tu aku betul betul ikhlas nak belajar, bukan terpaksa belajar masa waktu prep, bukan terpaksa belajar sebab nak show off, or whatever million more reasons you can give. But I learned because I really wanna learn.
Kalau betul betul minat apa yang kita belajar, biarlah sesusah mana pun kita tetap tak terasa terbeban.
Kalau betul betul ikhlas dengan apa yang kita kerjakan, biarlah sebanyak mana kudrat yang perlu digembleng, kita tak mudah rasa penat.
Hati kena ikhlas. Jangan asyik study sebab MARA, sebab exam, sebab taknak repeat year, sebab nak dean list. Fine itu boleh dijadikan motivasi.
But what is most important is you study because of your ownself and study because of Allah our Creator. Menuntut ilmu perubatan itu satu fardhu kifayah.
And I'm loving what I'm learning right now. I enjoy studying. And I can't be more grateful than this. Alhamdulilah.
But that doesn't mean I'm a scorer. Just saying lah.
No comments:
Post a Comment